Sepagian aku menempik pada tiga puluh empat orang murid yang baru berusia enam tahun; suruh baca, suruh tulis, beritahu itu dan beritahu ini tetapi dia masih tidak pedulikan aku.
Dia seorang murid yang aku anggap sebagai sampah yang tidak memberi untung kepada diriku sendiri atau kepada sesiapa di sekolah……………. Aku Cuma guru pusingan yang menerika sesiapa dari darjah ini.
Antara tiga puluh empat murid yang aku ajar ini, Midun berlainan sekali. Namun begitu, ada kawan-kawan yang suka kepadanya, malah menaruh simpati. Waktu rehat, Rahmat ketua darjah, Jalil anak seorang sarjan polis, Taha anak ustaz sekolah menengah sering menuntunnya ke kantin makan bersamanya.
Dan pagi itu, ketika menyelak buku ringkasan, aku sedar sekarang sudah masuk minggu yang kesebelas. Dalam catatan markah ujian, ruangan Midun masih juga kosong; membaca kosong, menulis kosong. Rekod prestasinya tak bercatat apa-apa, melainkan kosong. Dan Midun belum datang.
“Sepuluh minggu, satu pun tak boleh lagi. Mari” Dan aku dengan garang, dengan geram, dengan meluat danm dengan benci memegang lengannya dan mengheretnya seperti mengheret kambing mati.
Midun tidak tunduk. Tak malu sedikit pun. Tak gentar. Dia tetap merenung kegaranganku. Wajahnya yang tenang itu tetap merenung kegaranganku. Wajahnya yang tenang itu tidak pula nampak benci kepadaku.
Serentak denga itu, sebagai melepas geram, aku menghentak tapak tangan ke meja. Terasa sesuatu yang tajam menikam tapak tanganku. Aku terdia seketika. Mata meliar ke arah anak murid yang lain sambil mengerut-ngerut wajah menahan sakit……….. Celaka! Guru darjah meletakkan beberapa puntung paku payung di bawah kad-kad tadi.
Ketika murid-murid sedang membaca, aku berpaling ke kiri da ke kanan mencari cebisan kertas lembut, atau kalau ada kain buruk atau kapas untuk mengesat darah yang meleleh. Tiba-tiba Midun bangun dan balik ke kerusinya tanpa disuruh. Dia mengeluarkan sehel;ai sapiu tangan lusoh dari begnya. Tanpa disuruh dia tunduk dan mengesatkan darah yang menitik di atas lantai.
Pagi ini hanya ada tiga puluh dua orang murid. Semuanya senyap. Tidak bising. Masing-masing membuat kerja. Aku Cuma duduk di kerusi memerhati seorang demi seorang. Tidak ada yang simpati atau mengambil tahu sakitku.
Selepas balik sekolah, aku semakin sakit dan ketika aku ke hospital, aku ditahan untuk rawatan lanjut. Menurut doktor, jika dibiarkan penyakit aku mungkin lebih bahaya. Kemungkinan jika teruk nanti, tanganku mesti dipotong. Maka telentanglah aku di katil hospital kelas tiga, yang terdedah kepada angin dan kebisingan oleh kerana hospital ini tidak ada kelas satu atau dua.
Inilah pertama kali aku masuk hospital walaupun aku kononnya sudah lama dihinggapi darah tinggi dan kencing manis. …… Sedang aku berfikir, tiba-tiba aku terdengar di sebelah didnding luar seperti ada sesuatu. Aku berpaling. … Dan Midun aku lihat seperti takut-takut. Dia hanya mengintai aku di balik jendela yang terbuka.
Kemudain, tanganya lambat-lambat meraba bibir katil, meraba ke pahaku dan kemudia memegang tanganku. Midun tidak memandangku, tetapi merenung bekas tikaman paku payung yang membawa cela kepadaku.
Ketika dia tersedu-sedu itu, aku terasa tapak tanganku menerima satu benda bulat yang licin. Aku melihatnya ada sebiji buah limau mandarin. Midun melipat-lipat jariku supaya menggengam buah itu dengan erat.
Lambat-lambat aku mengupas buah limau mandarin itu. Ketika aku terpicit ulasnya dan airnya meleleh di atas pahaku, aku rasa seperti air mata Midun. Aku berazam, apabila ke sekolah, Midun akan kuletak di bangku paling depan.
No comments:
Post a Comment